Kali ni nak membebel sikit pasal barang makeup. Semalam dapat duit dari babah and hari ini terus decide nak shopping. So, kalau dah perempuan tu sah-sah lah gi beli barang makeup an. Saya nak share sikit apa yang saya beli hari ni dan sedikit tips untuk semua :)
Taraaaaa~~~~~
I bought white eyeliner by Essence brand. Beli sebab eyeliner putih yang lame tu dah habis.
Ramai yang tak pakai eyeliner putih ni sebab mereka tak tahu kelebihannya. Meh dengar saya story keyh!
Sekarang ni most of us beli lens yang boleh buat mata kita jadi besar dan bulat. Habis tu macam mana kalau orang yang inginkan mata besar dan bulat tapi takut pakai lens? Sebenarnya ini la antara kegunaan eyeliner putih. Eyeliner putih sangat sesuai bagi anda yang memiliki mata kecik atau sepet kerana dapat menjadikan mata anda nampak lebih besar. Tak payah pakai lens pon tak pe. :)
Others, eyeliner putih ni juga boleh buat mata korang lagi sharp dan berbinar. Selalunya eyeliner putih ni dipakai pada bahagian garis dalam mata (tepi dalam bawah mata). Tapi kalau saya yang dah memang mata besar, saya cuma letak sikit je supaya tak nampak kasar. :)
Cara pakai pon sangat2 senang. Cuma pakai eyeliner putih pada garis dalam mata bahagian bawah, pas tu ambil eyeliner hitam untuk pakai pada bahagian luar mata (area bulu mata laaa...)...
Hasilnya lebih kurang macam nih...
Sedikit tips dari Hannim: (*_*)
Jangan pakai terlampau pekat atau banyak sebab nanti mata korang nampak kasar macam kapur.Seeloknya ratakan dengan cotton buds dan usap perlahan-lahan.
Kalau saya, lepas pakai eyeliner putih ni saya akan blend kan sikit dengan eyeshadow hitam atau eyeliner hitam menggunakan brush. Ini akan buat mata anda nmpak kemas and cantik!!
OK!! Lepas ni tak payah pakai lens pon tak apa bagi kawan2 yang tak rabun tu sebab pakai eyeliner putih sangat senang. Untuk yang kaki makeup macam saya pon mesti dah tahu kan??hihi..
That's all from Hannim. Sedikit tips dari saya yang tak seberapa. Korang boleh je tengok tutorials kt youtube!!
P/S: Ini cara saya pakai eyeliner putih. Kalau nak cara lain, search encik google keyh! muahaaaha...
No comments:
Post a Comment